Mee Jawa Bonda

Ramuan / Bahan

Bahan Kuah:

Sedikit Udang Kering
Segenggam kacang tanah (disangan)
Cili padi (mengikut selera masing2)
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
2 biji kentang (direbus hingga empuk)
2 biji keledek (direbus hingga empuk)
Air rebusan daging
Bahan Untuk Kuih:

Tepung gandum
100g udang sederhana besar
Daun kucai
Daun bawang
1 sudu mauripan
Telur (dipukul hingga kembang)

Cara-cara

Bahan Kuah:

1. Rebus daging dan ambil airnya.
2. Kacang tanah disangan tanpa minyak. Kemudian kisar halus.
3. Tumbukkan jintan manis dan jintan putih sehingga lumat.
4. Tumbukkan cili padi sehingga lumat. Jumlahnya tidak terbatas, mengikut selera masing-masing.
5. Tumbuk udang kering yg telah dibasuh sehingga lumat.
6. Akhir sekali tumbuk kentang dan keledek yang telah direbus sehingga empuk tadi.
6. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata menggunakan air rebusan daging. Sekiranya adunan tidak halus, bolehlah dikisar menggunakan blender supaya kuahnya lebih halus.
7. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul rata ke dalam periuk, masak di atas api yg sederhana. Sekiranya kuah kelihatan cair, puan boleh bancuhkan sedikit tepung jagung/tepung gandum dah masukkan ke dalam kuah.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan serbuk perasa sekiranya suka.
9. Masak sehingga kuah mendidih.

Cara Membuat Kuih:

1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Pukul 1 biji telur ayam sehingga kembang dan masukkan ke dalam tepung tadi.
3. Masukkan udang, daun bawang dan kucai yang telah dipotong ke dalam adunan.
4. Kacau adunan hingga sebati, masukkan 1 sudu mauripan untuk menjadikan adunan kembang. Garam secukup rasa.
5. Biarkan sehingga adunan kembang barulah digoreng seperti membuat jemput-jemput tepung.

Hiasan:

1. Rebus 3 biji telur dan belah 2 setelah masak.
2. Hiris nipis daun sup untuk ditabur ke atas mee.
3. Gorengkan bawang untuk penabur.
4. Tumbuk udang kering sehingga menjadi serbuk halus.
5. Hiris nipis cili masak.
6. Rebus tauge.
7. Potong kuih yang telah digoreng tadi.

Apabila telah siap, mee bolehlah diletak di dalam mangkuk berserta kuah, Hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, daun sup, tauge, serbuk udang kering, cili hiris dan kuih yang telah dipotong-potong.