Mee Jawa Bintulu

Ramuan / Bahan

Bahan A
Mee kuning (dicelur)
Bawang putih
Bawang merah
Lengkuas
Halia
Udang kering
Cili kering
Serbuk kari
(Kesemua bahan kecuali mee dan serbuk kari dikisar atau ditumbuk)
Bahan B
Ubi keledek (direbus dan dikisar)
Tepung jagung
Air

Bahan C
Tauge goreng
Tauhu goreng
Telur rebus
Cili merah dihiris

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili. Kemudian masukkan udang kering yang sudah dikisar. Tambahkan serbuk kari secukupnya dan tumis sehingga naik bau. Masukkan ubi keledek yang sudah dilenyek tadi ke dalam bahan tumisan dan tambahkan sedikit air sebagai kuah. Ambil sedikit tepung jagung supaya kuah itu tadi menjadi pekat. Tambahkan garam, aji nomoto dan gula secukup rasa. Biarkan merenih hingga mendidih.