Mee Hailam ala Gadisz_Malayu

Ramuan / Bahan

Mee kuning basah(dicelur separuh masak)
Bahan-bahan tumis :
Minyak masak-3 sudu besar
½ biji bawang besar-dicincang halus
3 ulas bawang putih-dicincang halus
1 inci halia-dihiris halus
5-6 tangkai cili padi (diketuk)
Sos tiram-3 sudu besar
Kicap pekat-4 sudu besar
Kicap masin-secukup rasa
Stok ayam cair Maggi-secukup rasa
1 ½ sudu teh lada hitam-ditumbuk halus
Sedikit gula

Perencah :
Ayam /daging
Udang
Fishcake / fishball
Pucuk jagung(Sayur jagung kecil)
Lobak Merah
Kobis
Lada Benggala hijau dan merah
(Semua bahan perencah adalah mengikut citarasa masing2)

Air
Tepung jagung-anggaran 2 sudu besar dibancuh dengan air(untuk memekatkan kuah)

Cara-cara

1. Tumis bawang besar,bawang putih,halia sehingga garing.
2. Masukkan ayam/daging.Goreng sehingga separuh masak.Kemudian masukkan fishcake/fishball serta udang dan goreng sehingga separuh masak juga.
4. Masukkan sos tiram,kicap pekat,stok ayam dan kicap masin.Kacau sos tersebut.
5. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa.Cili api yang telah diketuk dimasukkan sekali.
6. Tambahkan air mengikut banyak kuah yang dikehendaki.
7. Tambahkan sedikit gula.Jangan terlalu manis.Masukkan secukup rasa sahaja.
8. Masukkan sayur-sayuran apabila kuah sudah mendidih.
9. Sebelum menutup api, bolehlah dimasukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah.
10.Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan menuangkan kuah ke atas mee yang sudah dicelur.
*(Mee dicelur bagi mengelakkan kuah diserap terlalu cepat)
* Tidak perlu menambah garam kerana kicap masin dan stok sudah sedia masin.