Mee Hailam

Ramuan / Bahan

300 gm mee kuning
300 daging ayam
200 gm daging (direbus)
200 gm sawi (dipotong)
5 biji bebola ikan (dipotong)
2 cawan stok daging
1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan, Garam, serbuk lada hitam & minyak masak

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, sos tomato & stok daging. Apabila mendidih, masukkan garam,daging, ayam, sawi & serbuk lada hitam. Akhir sekali, masukkan mee, minyak bijan & kacau rata. Masak selama 2 minit.