Mee Gulung Special

Ramuan / Bahan

Bahan A
-200 gram mee kuning
-2 biji telur
-2 camca besar sos tiram
-sedikit minyak
-lada sulah
-garam

Bahan Hiasan
-daun salad(dihiris)
-1 biji cili merah(dihiris)
-sedikit bawang goreng Bahan B
-2 ulas bawang putih
-5 biji cili padi
-50 gram isi ayam(dipotong kecil)
-50 gram udang(sederhana besar)
-50 gram sotong(dipotong kecil)
-20 gram kailan(dipotong kecil)
-20 gram lobak merah(dipotong memanjang)
-20 gram bunga kobis
- 1 biji tomato(dibelah empat)
-250 ml air
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar kicap cair
-1 sudu besar tepung jagung
sedikit gula

Cara-cara

Bahan A
-mee digaul dgn sos tiram
-panaskan sedikit minyak dan goreng mee tadi 2minit dgn api yg perlahan.ketepikan.
-pecahkan 2 biji telur dlm mangkuk yg berasingan.masukkan lada sulah dan sedikit garam.pukul seketika.
-panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi(seperti membuat telur bungkus).
-letakkan mee tadi di dalam telur kemudian gulung kemas.
-angkat dan ketepikan

Bahan B
-panaskan sedikit minyak
-tumiskan bawang putih
-masukkan isi ayam dan sotong. kacau 2minit
-masukkan udang, kailan, lobak merah dan bunga kobis
-masukkan sos tiram,kicap cair,gula dan air. biar seketika
-masukkan tepung jagung.setelah agak pekat masukkan tomato dan tutup api.