Mee Goreng Mafia

Ramuan / Bahan

BAHAN A

3 sudu besar minyak masak
½ bawang putih(blender)
sedikit halia (blender)
2 sudu cili boh
5 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos plum BAHAN B

mi kuning (celur)
10 ekor udang
10 ekor lala/ kerang
isi ketam
2 ekor sotong dihiris halus
5 sudu besar stok daging
1 telur ayam

Cara-cara

panaskan minyak, masukkan bawang dan halia serta cili boh. masak hingga kering. masukkan udang, lala, ketam dan sotong.kacau. masukkan mi. kemudian kicap pekat dan sos plum.kacau. masukkan garam secukup rasa dan masukkan telur ayam. kacau hingga kering.siap.