Mee Goreng Lada Hitam Istimewa

Ramuan / Bahan

Satu bungkus mee (bersihkan & celur)
½ mangkuk udang sederhana besar
½ mangkuk daging lembu fillet tempatan/Australia (dihiris nipis)
2 biji cili Jalapeno (hiris nipis)
5 tangkai sawi (potong)
3 keping tauhu (dipotong dadu & goreng)

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin (atau ikut perisa)
3 sudu besar minyak bijan

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
1 ½ sudu besar lada hitam

Cara-cara

Panaskan minyak bijan. Tumis bahan kisar hingga agak garing. Masukkan sos tiram dan kicap masin. Kacau beberapa saat, kemudian masukkan daging lembu fillet. Apabila daging agak masak (kira-kira 2 minit), masukkan cili, tauhu & udang. Kacau selama 1 minit (udang menjadi kurang sedap jika dimasak terlalu lama). Masukkan mee dan sawi. Kacau sehingga sebati selama 1 atau 2 minit(atau sawi layu).