Mee Goreng Kicap

Ramuan / Bahan

1 bungkus mee kuning
200 gm udang sederhana (buang kepala)
300 gm ayam (dicincang kiub)
3 sudu besar cili boh
2 biji bawang besar (dimayang kasar)
2 ulas bawah putih (diketuk)
2 biji telur 10 biji bebola ikan
3 sudu kicap mee (atau kicap pekat)
3 sudu sos cili (tomato pon boleh)
seikat sawi
3 sudu besar minyak masak
garam
gula

Cara-cara

panaskan minyak didalam kuali. goreng ayam seketika (sehingga agak-agak empuk), angkat dan tepikan. teruskan masukkan bawang besar, bawang putih dan goreng sehingga naik bau. masukkan cili boh. tumis sehingga naik minyak, kemudian masukkan bebola ikan dan ayam yang telah digoreng tadi. biarkan seketika, kemudian masukkan kicap, sos dan masukkan mee kuning lalu digaul rata. pecahkan telur, masukkan sawi, sebatikan rasa dengan garam dan gula. angkat..