Ayam Bakar Ala BBQ

Ramuan / Bahan

1 kg ayam (dipotong 16 bahagian)
500 gm bawang merah
49 gm kunyit basah
40 gm halia
4 batang serai
30 gm bawang putih 3 sudu kecil madu lebah
3 sudu kecil jintan putih
3 sudu jintan manis
Sedikit minyak jagung
3 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam dipotong 16, dibasuh serta tuskan airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan garam.

Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam.

Selepas itu, bolehlah dibakar di atas pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.