Mee Bandung

Ramuan / Bahan

1 kg mee atau makarona & 10 ekor sotong (dipotong)
200 gm udang kering & ½ kg udang besar
3 camca besar cili boh atau cili serbuk
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (diperah ambil santannya) 10 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar
4 ulas bawang putih & 5 sm halia
¼ kg sawi atau sabaneh & 10 biji telur
Sedikit garam, daun bawang

Cara-cara

Bawang merah, bawang putih halia dan udang kering dimesin hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dimesin bersama cili boh hingga naik baunya. Masukkan sedikit air dan santan. Bila mendidih, masukkan sotong, udang dan garam. Sawi dan mee dicelur berasingan. Telur digoreng mata kerbau. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.