Makaroni Ramadhan

Ramuan / Bahan

2 camca besar minyak sapi
4 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
150 g udang sederhana besar
1 camca teh tepung berempah
250 ml pati santan daripada ½ biji kelapa ½ biji lada benggala hijau, didadu kecil
½ biji lada benggala merah, didadu kecil
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
200 g makaroni

Cara-cara

Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga ia terbit bau. Masukkan udang, biar hingga ia separuh masak sambil kacau ia seminit. Masukkan tepung berempah, kacau ia seminit. Kemudian masukkan pati santan. Biar hingga ia pekat. Ketepikan. Masukkan lada benggala hijau dan lada benggala merah bersama garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga ia sebati. Rebus makaroni di dalam air mendidih, yang dibubuh sedikit garam, di dalam periuk di atas api sederhana hingga ia lembut. Sejat. Gaul dengan kuah tadi.