Laksam Kelantan

Ramuan / Bahan

1 kg laksam
2 pokok daun salad (dihiris)
4 biji limau nipis
2 biji timun (dihiris)
¼ kg tauge
Seikat daun kesum
belacan sebesar ibu jari Bahan untuk kuahnya:-
6 ekor ikan kembong (dibakar atau direbus)
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil 1 ½ liter santan)
2 camca besar kerisik
5 labu bawang besar atau 10 biji bawang merah (dihiris)
1 camca besar gula pasir
garam secukup

Cara-cara

Ikan diasingkan dengan tulangnya kemudian dimesin, campurkan bersama santan. Campurkan ke semua bahan kuah ke dalam ikan dan masak hingga mendidih. Hidangkan bersama sayuran tadi dan jika suka perahkan asam limau dan sedikit belacan.