Laksam Ganu

Ramuan / Bahan

Kuah:-
Ikan Selayang/Sardin - 4/5 ekor
Kelapa - 1 biji
Lada hitam
Bawang merah
Garam secukup rasa

Laksam:-
Tepung beras - 1 paket
Tepung gandum- 3 atau 4 sudu besar Ulam:-
Taugeh
Timun
Kobis
Kacang Panjang
Daun kesom

Cara-cara

Untuk Kuah:-
1. Rebus ikan
2. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam & bawang merah.
3. Masukkan santan & panaskan atas api.
4. Jangan masak sampai mendidih.

Untuk Laksam:-
1. Bancuh bahan & tuangkan di atas tudung periuk.
2. Kukuskan & bila agak masak, kopek tepi laksam dengan sudu & biarkan ia bergulung. Sejukkan dalam pinggan.
3. Bila Sejuk baru potong.