Laksa Utara

Ramuan / Bahan

Sekilo ikan parang/kembung direbus
dan diambil isinya dan dikisar halus
ambil air rebusannya
Laksa kering direbus
Sebatang mentimun
Daun selom
Bawang besar
Telur rebus
Cili padi/merah
Bahan untuk membuat kuah:

15 biji cili kering direndam
20 ulas bawang merah
Belacan sebesar syiling 50sen
1 ½ lengkuas muda
Daun kesum
Asam gelugur
Bunga kantan
Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara

1. Cili kering,bawang merah,lengkuas dan belacan dikisar halus.
2. Satukan dengan isi ikan dan air rebusannya.Tambahkan air mengikut kepekatan yang diingini.
3.Masukkan daun kesom, asam keping,bunga kantan,garam serta perasa.
4.Hendaklah dikacau sentiasa agar isi ikan tidak berketul dan kuah tidak meruap.
5. Masak hingga asam keping kembang dan secukup rasa.
6. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama di atas api.