Ayam Badam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 tin tomato puri
½ biji kelapa (ambil santannya)
20 gm serbuk jintan putih
20 gm serbuk jintan manis
10 gm serbuk kaskas
½ tin susu cair
Garam & gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
30 gm kerisik
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 ulas bawang merah (dimayang halus)
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
10 gm cili kering
10 gm cili padi
1 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
70 gm badam Bahan Untuk Sos Ayam Badam:
2 biji tomato
1 labu bawang besar
10 gm belacan
3 sudu besar pati tomato
¼ tin susu cair
2 sudu besar kerisik
Garam & gula secukup rasa
3 sudu besar sos cili
2 tangkai cili merah (dihiris)

Cara-cara

Ayam dipotong 4 bahagian. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan. Campurkan santan, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kaskas, susu cair, kerisik & pati tomato. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga naik baunya. Masukkan Bahan Kisar & bahan-bahan bercampur santan sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, gula & garam secukup rasa. Setelah pekat, angkat & hiaskan dengan kepingan badam.

Cara Menyediakan Sos Ayam Badam:
Tomato & bawang besar dimayang halus. Campurkan kesemua bahan di atas. Masukkan tomato & bawang. Hidangkan bersama ayam badam tadi.