Laksa Muar

Ramuan / Bahan

Bahan Utk Ulam
* I biji timun (Dibuang Kulit )
* ½ kati taugeh dibuang ekor
* 5 biji limau kasturi dipotong dua

Bahan Laksa
* 1 kotak sepagheti dimasak dgn minyak sedikit supaya tidak melekat hingga kembang. Bilas dgn air sejuk. Bahan-bahan kuahnya
250gm santan
4 camca besar kerisik
20 ulas bawang
1 kati ikan parang yang telah direbus
2 batang serai
halia dan lengkuas sebesar ibu jari
3 keping asam gelugur
4 camca besar rempah kari ikan
200gm udang harimau basah

Cara-cara

Bawang, serai, lengkuas & halia digiling begitu juga isi ikan. tumiskan rempah kari hingga garing. Masukkan bahan-bahan yang digiling serta isi ikan. Masukkah santan dan kerisik, asam gelugur serta garam dan gula mengikut cita rasa hingga mendidih dan masak.
Jika ingin lebih enak letakkan udang basah kedalam kuah tersebut.