Laksa Mee Pangkor

Ramuan / Bahan

1 bungkus mee kering
seikat kacang panjang
2 keping fishcake
15 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 ekor ikan kembung
gula dan garam
1 keping assam keping

Cara-cara

Mee kering direbus dan ketepikan.
Kuah:
Tumis bawang putih dan halia sehingga garing,masukkan air yang secukupnya untuk dijadikan kuah dan masukkan ikan.Rebus seketika dan bila sudah masak,letakkan garam dan gula secukup rasa.
Sambal:
Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawabg putih.Tumis seperti membuat sambal tumis dan masukkan gula,garam dan assam keping.
Ulam:
Potong kacang panjang halus-halus dan gorengkan bersama fishcake.