Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Laksa Lemak Ketam

Ramuan / Bahan

250 gm kuetiau (dibasuh dan celur)
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup (ditumbuk)
1 sudu teh serbuk buah keras
500 ml air
Sedikit garam dan gula
1 batang serai
150 ml santan pekat
1 ekor ketam
200 gm lala
3 sudu besar minyak masak
2 tangkai daun basil
1 sudu teh serbuk belacan
1 kuntum bunga kantan (dihiris)

Cara-cara

Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan buah keras. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar ini.

Masukkan ketam dan lala. Biar lima minit. Setelah itu masukkan air dan didihkan. Masukkan pula santan.

Bila kuah agak pekat, masukkan daun basil, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Tuang kuah ke atas kuetiau dan makan semasa panas.