Laksa Johor

Ramuan / Bahan

1 kg laksa
Belacan sebesar ibu jari
2 biji timun (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
Seikat daun kesum
6 biji cili kering
Sedikit garam
2 pokok daun salad (dihiris)
ΒΌ kg tauge
2 biji limau nipis Bahan Kuah:-
6 ekor ikan kembung atau tenggiri(rebus dan tumbuk)
2 batang serai (dititik)
4 sm halia (ditumbuk)
6 sm lengkuas (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (ditumbuk)
3 keping ika kurau kering(ditumbuk)
2 camca besar kerisik
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil tiga cawan pati santan)

Cara-cara

Campurkan ikan yang telah dimesin ke dalam santan. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik baunya. Masukkan santan yang bercampur dengan ikan tadi. Masak hingga mendidih baru diangkat. Cili, belacan dan garam ditumbuk halus untuk dijadikan sambal. Hidangkan bersama sayuran yang telah dihiris tadi.