Laksa Dengan Kuah Ayam

Ramuan / Bahan

500 gm mee laksa (dicelur & ditoskan)
1 ekor ayam (disiang,dipotong-potong & diperasakan)
3 sudu minyak makan
12 ulas bawang merah (dihiris)
500 gm udang hidup (dibuang kulitnya & uratnya & diperasakan)
1 sudu gula
Sedikit serbuk perasa
1 ½ sudu kicap cair Garam & lada sulah
Secukup rasa
900 ml santan
2 helai daun salam
Garam secukup rasa
Daun kemangi
¾ cawan bawang merah goreng
4 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)

Bahan Giling:
10-12 batang cili pada atau secukup rasa
4 ulas bawang putih
1 batang serai (dihiris)
5 biji buah keras (direndang)
2.5 cm kunyit

Cara-cara

Pijarkan minyak atas api yang sederhana.Masukkan bawng merah & udang.Gorengkan hingga udang mula hendak melengkung. Masukkan bahan giling & teruskan menggoreng hingga keluar minyaknya. Kecilkan api & tuangkan santan ke dalamnya.Kacaukan hingga mendidih,kemudian masukkan ayam & daun salam.Didihkan selama 2 minit. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga ayam empuk & kuahnya pekat. Masukkan garam secukup rasa, angkat dari api.
Untuk Menghidang: Isikan sedikit mee laksa dalam mangkuk-mangkuk yang beasingan.Tuangkan di atasnya dengan potongan-potongan daging ayam,daun kemangi,bawang merah goreng & telur. Hidang segera.