Laksa Cina

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam
18 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk
2 keping asam gelugur
2 kiub pati ayam 10 keping tauhu
½ kg laksa & ¼ kg tauge
6 biji limau kasturi atau limau nipis
Minyak secukupnya
10 keping tauhu
½ kg ketiau atau laksa & ¼ kg tauge
6 biji limau kasturi atau limau nipis (dibelah dua)
Minyak dan garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam jangan dipotong, kemudian gaulkan dengan garam, kukuslah hingga masak. Air kukusan hendaklah disimpan. Perah santan dengan 2 gelas air. Kisar cili bersama bawang putih dan bawang merah atau bawang besar. Panaskan minyak, tumis cili hingga garing kemudian masukkan garam. Ambil tiga camca besar dan ketepikan untuk hidangkan bersama laksa nanti. Tuangkan santan ke dalam lebihan cili tadi. Masukkan serai yang telah dititik, air kukusan ayam, kiub ayam, tauhu, asam gelugur dan garam. Sementara menunggu kuah masak, celurkan tauge sebentar. Hidangkan bersama tauge, ayam yang telah disiat, limau nipis dan sambal.