Kway Teow Sup China

Ramuan / Bahan

2 paket kway teow nipis
½ daging
½ ayam
½ udang
1 batang carrot
10 batang sayur sawi
suku sayur kobis
chili padi
limau kasturi
bawang merah 3 ulas
bawang putih 3 ulas
ubi kentang 10biji
rempah sup adabi 2 sudu besar
1 paket sup bunjut

bawang goreng
daun sup.

Cara-cara

ubi kentang hendaklaa direbus dan dilenyek sehingga benar2 hancur.

tumis bawang merah dan bawang putih,berserta sup bunjut dan rempah sup sehingga naik bau,
tumis kan pula ayam,daging,dan juga udang sehingga benar2 wangi.

masukkan pula air secukup bersama ubi kentang yg siap dilenyek untuk memekatkan kuah.
selepas mendidih bolehlaa letak garam secukup rasa dan ajinomoto.