Kueteau Daging Halia

Ramuan / Bahan

300 gm kueteau
200 gm daging batang pinang
1 tangkai daun bawang
Sedikit halia muda (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 ulas bawang putih (diketuk) 1 sudu kecil kicap pekat
½ cawan air
1 kiub pati daging
Sedikit serbuk lada hitam
Garam & minyak masak

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak & gorengkan kueteau sekejap. Angkat & toskan. Daging diketuk hingga lembut & dihiris nipis. Gaulkan dengan sos tiram, halia, serbuk lada hitam & kicap pekat. Perapkan sekejap. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan daging, air & goreng hingga hampir kering. Akhir sekali, masukkan kueteau & bawang. Goreng lagi selama 2 minit. Angkat & hidangkan.