Kuching Laksa

Ramuan / Bahan

Bahan A
Bee hoon (1 bungkus- direbus)
Rempah Laksa Sarawak 150g
2 liter air (seelok-eloknya air yg sudah dimasak)
Stok ayam maggi @ kiub pati ayam maggi
Santan dari sebiji kelapa
Isi ayam (direbus dgn air garam & dicarik kecil-kecil)
Udang (direbus dgn air garam)
Telur dadar (dihiris kecil-kecil)
Tauge (dicelur)
Daun sup (dihiris kecil-kecil)
Daun bawang (dihiris kecil-kecil)
Garam
Serbuk Perasa
Limau Kasturi Bahan B (Sambal)
15 biji cili kering
2 inci belacan
Gula
Garam secukupnya
p/s : Bahan B dikisar dgn sedikit air

Cara-cara

Rebus rempah laksa sarawak bersama air sehingga mendidih dan naik bau. Setelah mendidih, tapiskan rempah ke dalam bekas yang berasingan untuk mengasingkan hampas rempah dari kuahnya. Masak sekali lagi bersama stok ayam maggi/kiub pati ayam maggi. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa.