Kari Laksa

Ramuan / Bahan

600 gm mi kuning (dicelur)
100 gm tauge
100 gm sawi cina
5 biji tauhu pop
80 gm fish cake (dihiris)
2 biji santan pekat
1 biji santan cair
200 gm udang
300 gm ayam (dihiris)
80 gm rempah kari ayam 4 batang serai (diketuk)
5 kuntum buah pelaga
10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
500 ml air rebusan ayam
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, serai dan buah pelaga dan tumis hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

Tambah santan cair dan air rebusan ayam.

Akhir sekali, masukkan santan pekat, bahan perasa, tauhu pop, fish cake, udang dan ayam. Biar seketika.

Hidangkan mi di dalam mangkuk bersama tauge dan sawi yang telah dicelur. Tuang kuah kari.

Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.