Macaroni & Cheese

Ramuan / Bahan

½ peket elbow macaroni
2 sudu besar butter
½ gelas susu low fat
3 keping cheese (cheddar cheese) koyak kasi kecil
1 ulas bawang merah (hiris)
(atau ½ ulas bawang besar - hiris)
serbuk oregano bahan2 optional:
1 ulas bawang putih (cincang)
cendawan butang (secukup rasa)
ayam (potong dadu)/udang/sotong (secukup rasa)
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
garam

Cara-cara

1. rebus macaroni sehingga masak, tos dan ketepikan
2. panaskan butter, tumis bawang sampai naik bau
3. masukkan serbuk oregano, lada sulah dan lada hitam, kacau sebati
4. masukkan susu, kacau sebati
5. masukkan makaroni, kacau rata. kalau ada cendawan/ayam/udang/sotong boleh masuk sekarang.
6. masukkan kepingan keju yg telah dikoyak2kan kecik supaya senang utk diratakan
7. kacau rata sehingga kering. kalau nak berkuah sikit pon sedap juga.
8. masukkan serbuk lada sulah lagi kalau mahu utk lebih rasa dan garam.
9. sedia untuk dihidang