Hor Fun Daging & Lada Hitam

Ramuan / Bahan

500 gm hor fun
200 gm daging (dihiris)
1 biji cili benggala hijau (dihiris)
1 biji cili benggala merah (dihiris)
200 ml stok ayam
2 sudu besar serbuk lada hitam 2 sudu besar tepung jagung + air
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (diketuk)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan kuali & goreng hor fun dengan kicap cair selam 3 minit. Angkat & bubuhkan dalam pinggan. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih & lada hitam. Masukkan daging & cili benggala. Apabila daging empuk, masukkan stok ayam, kicap pekat, sos tiram. garam & sedikit air. Pekatkan masakan ini dengan bancuhan tepung jagung. Tuangkan ke atas hor fun tadi & hidangkan.