Tofu Telur Ala Cina

Ramuan / Bahan

3 tiub tofu telur
3 ulas bawang putih (diketuk)
½ inci halia (diketuk)
1 sudukecil serbuk lada putih/lada sulah
1 ½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan ½ gelas air)
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Tofu telur dipotong silinder. Bagi lebih mudah, potong dua dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 6 bahagian.

2. Goreng dulu tofu secara tenggelam (deep-fry). Apabila tofu tidak lagi melekat dan berwarna keperangan, angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak atas api yang sederhana, tumis bawang putih dan halia.

5. Masukkan sos tiram dan kacau.

6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan dengan segera masukkan garam, lada sulah secukup rasa.

7. Kacau kuah supaya tidak menjadi terlalu pekat.

8. Tuangkan kuah keatas tofu yang telah digoreng tadi (Tofu terlebih dahulu disusun dalam pinggan).