Telur Rebus Masak Sos

Ramuan / Bahan

5 biji telur (direbus dan dibelah dua)
3 ulas bawang merah (dicincang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cams cili kisar/sos cili thai Mae Pranom
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang)
2 camb sos cili
1 camb sos tomato
200 ml air
1 camt tpg jagung (optional)
1 biji bwg besar (dipotong)

Cara-cara

Panaskan 1 camb minyak masak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan, bwg merah, bwg putih dan cili sampai terbit bau. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Kacau selama 1 minit. Masukkan bwg besar dan kacau lg hingga kuah agak pekat (kalau x pekat, blh ditambah dgn tpg jagung jika suka).Susunkan telur di dlm mangkuk/pinggan. Tuangkan kuah sos td di atasnya. Sajikan dgn nasi panas.