Telur Pindang

Ramuan / Bahan

10 biji telur
10 helai daun lengkuas 10 helai daun serai
Kulit bawang secukupnya
Sedikit halba, jintan manis, ketumbar dan garam

Cara-cara

Masukkan semua jenis daun, rempah dan kulit bawang dalam periuk yang sederhana besar. Susunkan telur di atas dedaun dan taburkan sedikit garam. Penuhkan periuk dengan air kemudian rebuslah telur dengan api yang perlahan selama dua hari.