Telur Mata Kerbau Berempah

Ramuan / Bahan

4 biji telur ayam (digoreng -mata kerbau)
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji bawang merah (dihiris bulat)
serbuk rempah kari (digaul dengan sedikit air)
garam
2 sudu minyak masak
2 biji cili merah (sebagai hiasan)

masakan untuk 4 orang

Cara-cara

panaskan 2 sudu minyak masak di dalam kuali. tumiskan bawang kecil,bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan serbuk rempah kari (yang telah digaul dengan sedikit air). tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau.

masukkan garam secukup rasa. setelah itu, masukkan 4 biji telur mata kerbau yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul sehingga rempah kari tadi sebati dengan telur.

akhir sekali, masukkan bawang besar (dipotong bulat) sebagai penambah rasa masakan.