Telur Masak Taucu Malas

Ramuan / Bahan

3 biji telur
3 ulas bawang merah (dipotong 2)
2 ulas bawang putih (dipotong 2)
1 inci halia
1 sudu besar taucu
sejemput asam jawa
1 sudu kecil gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

1. goreng telur mata kerbau. Pakai minyak sikit. Jangan kalih. Kalau goreng separuh masak lagi sedap.
2. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
4. masukkan taucu. (kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit, jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit)
5. masukkan air asam jawa. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat.
6. masukkan gula.
7. masak sampai menggelegak dan kuah pekat.
8. Tuangkan kuah di atas telur.