Telur Masak Lemak Daun Kunyit

Ramuan / Bahan

5 biji telur rebus (dikupas kulit dan dikelar sedikit kulit dan dikelar sedikit)
1 sudu besar udang kering (dikisar halus)
½ sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit (dicarik)
1 batang serai (dititik)
750 ml pati santan
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugur
2 biji cili merah (dibelah dua)
2 biji cili hijau (dibelah dua) Bahan-bahan dihiris halus:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia

Cara-cara

Satukan telur rebus bersama Bahan-bahan dihiris halus, udang kering, daun kunyit, serai, pati santan, garam dan gula di dalam periuk di atas api sederhana besar. Biar hingga ia mendidih sambil kacau selalu. Masukkan asam gelugur bersama cili merah dan cili hijau. Kacau hingga kuah pekat. Angkat.