Telur Masak Lemak

Ramuan / Bahan

4 biji telur
600 ml santan
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu sedang bawang besar (dibuang kulitnya dibelahlah empat)
1.2 cm halia (dihiris halus)
5 cm serai (dititik) Sedikit belacan (dibakar)
2 camca udang kering (direndam & ditoskan)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
Garam & lada sulah secukupnya
Sedikit serbuk perasa
7 gm suun (direndam & ditoskan )

Cara-cara

Tuangkan 1/3 daripada santan ke dalam sebuah periuk. Masukkan bawang putih,bawang,halia & serai. Kacau hingga mendidih.Masukkan bahan tumbuk & lada. Kecilkan api. Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit,dengan mengacaunya selalu.Masak hingga mendidih sekali lagi & tuangkan separuh daripada santan yang tinggal. Pecahkan sebiji telur ke dalam periuk,tunggu hingga ia beku, barulah memecahkan yang lain satu-persatu. Bubuh serbuk perasa secukup rasa & kecilkan apinya. Masukkan santan selebihnya & sesuaikan rasanya. Kacau perlahan-lahan & masaklah selama 2 minit lagi. Masukkan suun. Hidangkan dengan segera bersama nasi putih,ikan goreng,sejenis sayur pedas & sambal belacan.