Telur Goreng Seri Rampai

Ramuan / Bahan

5 biji telur
10 gm rumpai laut rendam seketika hingga kembang
1 sudu kecil serbuk lada sulah 20 gm udang kecil
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Campurkan telur, rumpai laut, serbuk lada sulah, udang kecil & garam. Kacau dengan garpu hingga sebati. Panaskan minyak, tuang bater telur dalam minyak. Kacau telur sesekali hingga masak. Angkat dan hidangkan.