Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Coleslaw KFC

Ramuan / Bahan

¼ biji kobis.
1 batang carrot dibuangkan kulit dan dipotong hujung dan kepala carrot.
200gm Mayonis (5 sudu besar).
50ml Whipped Cream(High Fat Cream)[1 sudu besar].
½ biji lemon jus.
garam dan lada sulah secukup rasa.

Cara-cara

1. Hiriskan kobis nipis - nipis dengan pisau.
2. Carrot dihiris menggunakan cheese grater.
3. Ambilkan sebuah mangkuk besar dan campurkan kobis yang dihiris dan carrot yang dihiris.
4. Masukkan Mayonis dan Whipped Cream.
5. Gaulkan sehingga rata.
6. Masukkan jus lemon.
7. Gaulkan sehingga rata.
8. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
9. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.