Biskut Kepingan Badam

Ramuan / Bahan

1000 gm tepung
600 gm mentega (dibiarkan lembut)
400 gm gula aising 400 gm badam kisar
200 gm kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Gaul tepung, mentega, gula aising dan badam kisar. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul hingga menjadi doh yang lembut. Bentukkan adunan mengikut acuan yang dikehendaki dan hias kepingan badam diatasnya. Bakar sehingga masak di dalam ketuhar dengan suhu 210 hingga 220 darjah celsius.