Telur Dadar Dengan Udang

Ramuan / Bahan

3 biji telur (dipukul)
Garam bsecukup rasa (dipukul)
185 gm udang hidup (dibuang kulitnya & uratnya)
90 ml santan pekat
2 camca tepung (diayak) Minyak/marjerin
2 batang lada merah (ditumbuk)
2 ulas bawang merah(ditumbuk)
30 gm dain bawang (dicincang)

Bahan Perasa:
Garam & lada sulah secukup rasa
1 camca kicap cair
1 camca sos cili
1 camca sos tomato

Cara-cara

Satukan bahan perasa & gaulkan dengan udang.Ketepikan selama 10 minit. Gaulkan santan,tepung & garam rata-rata hingga tiada berbintil-bintil.Bancuh ke dalam campuran telur tadi. Pijarkan 2 camca.minyak di atas api yang sederhana.Tumiskan bahan tumbuk selama 1-2 minit. Masukkan udang hidup & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga masak,Kemudian toskan minyaknya betul-betul ke dalam kuali. Masukkan udang goreng ke dalam campuran telur. Tambahkan minyaka jika perlu. Apabila telah pijar,tuangkan 1/4 bahagian daripada campuran telur itu.Masak hingga bahagian bawahnya kekuningan-kekuningan,kemudian balikkan & masak bahagian yang sebelah lagi. Angkat & biarkan hangat. Dengan memijarkan lebih banyak minyak pada tiap-tiap kali, buatkan 3 keping telur dadar lagi. Isikan ke dalam pingan & taburkan atasnya dengan daun bawang.Hidangkan panas-panas.