Telur Bersalut Daging Kisar

Ramuan / Bahan

250 gm daging kisar
1 camca besar perasa
4 biji telur rebus
½ cawan tepung gandum, dicampur sedikit garam dan serbuk lada sulah 1 biji telur, dipukul ringan
1 cawan serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Satukan daging kisar dan serbuk perasa. Bahagikan 8 bahagian. Kemudian salut pada telur rebus. Golek telur bersalut daging pada tepung gandum lalu dicelup di dalam telur dan golek pula pada serbuk roti. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur hingga kuning.