Telur berdaging

Ramuan / Bahan

4 biji telur (direbus dan dibuang kulitnya)

minyak masak utk menggoreng

1 cwn tepung gandum &4 sudu besar tepung jagung- untuk salutan(digaulkan dalam satu bekas)atau boleh diganti dengan bread crumb atau cornflakes hancur

2 biji putih telur(dipukul)
* 500 g daging kisar (ayam, lembu)

* lada hitam,garam secukup rasa

( bahan * digaul bersama-sama )

Cara-cara

1)Telur rebus dibuang kulitnya
2) Gaul daging kisar dengan garam dan lada hitam .
3) Balut telur yang dikupas kulitnya dengan daging sehingga menutupi seluruh permukaan telur.
4)Celup telur yang disalut daging kisar dengan putih telur.
5) Gaulkan telur yang dicelup telur putih tadi dengan adunan tepung gandum dan tepung jagung.
6) Goreng dalam minyak yang panas.Setelah telur keemasan , angkat dan hidang.