Telur Bakar Bertauhu

Ramuan / Bahan

5 keping tauhu putih dikisar halus
1 biji telur
50 gm daging cincang
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 1 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit daun bawang (dihiris)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Aluminium foil untuk membungkus

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang, masukkan tauhu, bawang merah, bawang putih, serbuk lada sulah, daun bawang, serbuk ketumbar & garam. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam aluminium foil yang disapu sedikit marjerin, bungkus seperti
membungkus lepat. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak. Angkat & hidangkan.