Telur Asin Berempah

Ramuan / Bahan

2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 biji limau nipis
65 ml air
1 camca teh gula pasir
3 biji telur asin, direbus keras dan dibelah dua Bahan-bahan dikisar:

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit bau.

Masukkan cili giling bersama kicap cair, sos cili, serbuk jintan manis, perahan limau nipis, air dan gula pasir. Kacau hingga ia sebati dan kuah pekat.

Bubuh telur asin di dalam piring. Tuang kuah di atasnya.