Sup Udang

Ramuan / Bahan

300 g udang basah yang agak besar
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
1 cekak suhun (dikerat-kerat)
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh serbuk lada hitam 5 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang] dihiris
1 tangkai daun sup ]
Garam ikut rasa
Sedikit bawang goreng

Cara-cara

Jerangkan air hingga mendidih kemudian masukkan udang. Masukkan ubi kentang, lada hitam dan bawang putih. Bila telah empuk masukkan suhun, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas-panas.