Sambal Telur Mata Kerbau

Ramuan / Bahan

3 biji telur ayam
1 senduk cili kering
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih }ditumbuk
sedikit belacan }
½ cawan air asam jawa
1 sudu teh sos tiram
Sedikit gula dan garam

Cara-cara

Panaskan kuali bersama minyak.Bila kuali sudah panas, masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam kuali.Lepas itu, masukkan cili kering dan air asam jawa.Masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula.Kacau hingga sebati.Pecahkan telur sebiji demi sebiji.Tutup kuali dengan penutup supaya telur cepat masak.Bila agak2 telur sudah cukup masak, angkat dan hidangkan.