Sambal Telur

Ramuan / Bahan

2 biji telur (direbus keras & di belah dua)
5 ulas bawang merah
6 biji cili kering (direndam)
1 cm belacan
2 biji buah keras (keluarkan isinya & tumbuk lumat)
1 biji tomato (dipotong empat) 1 sudu asam jawa + 1 sudu air (untuk airnya)
2 sudu minyak untuk menggoreng
½ sudu air
½ sudu garam
1 sudu gula

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi. Tambahkan air asam jawa,air,garam & gula. Merenehkan kuah atas apiyang sederhana hingga sambal pekat,sedikit,kemudian tambahlah telur & tomato. Kacau rata & biarkan masak 1 atau 2 minit lagi, kemudian hidangkan dalam pinggan bujur. Hidangkan sambal telur bersama dengan nasi biasa,nasi lemak atau roti.