Sambal Telur

Ramuan / Bahan

3 bijhi telur (direbus kulitnya & dibelah dua memanjang)
2 camca minyak makan
½ cawan pati santan

Bahan Giling:
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2.5 cm belacan (dibakar)
1 camca gula pasir 2 camca air asam jawa
Garam secukup rasa
1 keping telur dadar (digulung & dihiris )
timun yang direcik halus


8 batang lada kering (direndam & ditoskan)
3 batang lada merah
1 camca garam

Cara-cara

Pijarkan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana & masukkan bahan giling. Tumiskan sehingga keluar minyak,kemudian kecilkan api. Tuangkan santan, kacau & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit. Masukkan air asam jawa & garam.Teruskan memasak sihingga campuran kuah itu menjadi pekat. Rasa asam garamnya. Masukkan 3 belah telur & lomorkan dengan sambal.Biarkan mendidih & angkat dari api. Isikan telur itu ke dalam pinggan & masukkan 3 belah telur selebihnya. Hiaskan dengan telur dadar & timun. Hidangkan panas-panas atau sejuk dengan nasi putih & sayur-sayuran
atu dengan nasi lemak.