Salad Telur

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam, direbus kemudian digoreng
1 ½ cawan santan pekat
3 biji bawang besar, dihiris
1 sm lengkuas, dititik
2 biji tomato, dibelah empat
2 camca sedang cili boh 2 sm halia, dihiris
2 batang serai, dititik
½ camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, halia, serai dan lengkuas. Apabila kuning masukkan cili boh, serbuk kunyit dan santan. Biar hingga mendidih baru masukkan garam dan asam gelugur. Masak hingga kuah pekat baru dimasukkan telur dan tomato. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan.