Rendang Telur

Ramuan / Bahan

6 biji telur itik (digosok kulitnya perlahan-lahan di bawah air paip)
600 ml santan
4 ulas bawang merah (dihiris) 1 helai daun kunyit
1 batang serai (dititik)
Garam secukup rasa

Bahan Giling:
6 batang lada merah
2.5 cm lengkuas
1.2 cm halia
1.2 cm kunyit hidup
1 camca garam

Cara-cara

Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Jerangkan hingga mendidih,Kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 15-20 minit. Apabila telurnya telah masak, Masukkan semula ke dalam periuk. Masakkan sambil dikacau perlahan-lahan hingga kuahnya pekat & hampir kering. Sesuaikan rasanya. Buangkan daun kunyit & serai. Sendukkan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan nasi putih, Salad sayur-sayuran & acar atau jeruk.