Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Parpu Telur ala Penang

Ramuan / Bahan

1 cawan Kacang Parpu (direndam 3 jam)
6 biji telur ayam
1 sudu kecil kunyit
3 cawan santan
6 biji ubi kentang sederhana besar
dikupas kulit dan di potong dua)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji tomato (dibelah 4)
Garam secukup rasa
3 cawan air

Bahan untuk menumis
3 biji bawang merah (dihiris halus)
1 biji bawang putih (dihiris halus)
1 ½ inci halia (dihiris halus)
1 tangkai daun kari (diambil daun sahaja)
3 biji cili kering (dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Rebus dal bersama 3 cawan air hingga empuk didalam periuk. Masukkan ubi kentang. Setelah empuk masukkan kunyit. Kemudian masukkan santa. Setelah mengelegak pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biar telur masak. Masukkan tomato dan asingkan.

Kemudian masukkan minyak didalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan cili kering, bunga lawang dan kayu manis. Goreng sehingga kuning. Selepas itu masukkan kedalam dal tadi dan gaul.

Sedia untuk dihidangkan.