Kentang Scrambled Eggs Gravy

Ramuan / Bahan

2 biji telur
6 biji kentang sederhana besar
3 lada merah / hijau
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Asam jawa Lada sulah
Kicap
2 sudu cili giling
Ajinomoto
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1.Kupas kentang dan hiris lah sederhana nipis.
2.Goreng kentang yang telah dhiris. 3.Setelah empuk, kentang tadi boleh lah ditos dan diangkat.
4. Dengan minyak yang sama, pecahkan telur dan kacau sambil menggoreng, ala 'scrambled eggs'. Masukkan lada sulah, jika mahu.
5. Masukkan kicap. Untuk memberi rasa masam sedikit, masukkan sedikit air asam jawa.
6. Masukkan gula, garam dan ajinomoto mengikut citarasa anda.
7. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Biarkan kentang, telur dan kuah kicap sebati dan masak di dalam kuali.
8. Masukkan lada untuk memberi sedikit rasa pedas.